Seni bina pemacu Kad_bunyi

Untuk menggunakan kad bunyi, sesetengah sistem pengendalian biasanya memerlukan pemacu peranti khas.

  • Microsoft Windows menggunakan pemacu hak milik yang dibekalkan oleh pengeluar kad bunyi dan dibekalkan kepada Microsoft untuk dimasukkan dalam pengedaran. Kadang kala pemacu juga dibekalkan oleh penjual persendirian untuk di pindah terima dan pemasangan.
  • Kerangka Linux digunakan dalam pengagihan Linux mempunyai dua seni bina pemacu, [[Sistem Bunyi Terbuka (Open Sound System) dan ALSA (Advanced Linux Sound Architecture). Kedua-dua menyertakan pemacu untuk kebanyakan kad secara ingkar. Pengeluar kad bunyi jarang sekali menghasilkan pemacu hak milik untuk Linux.
  • Spesifikasi USB menetapkan antaramuka piawai untuk diikuti oleh pengeluar kad bunyi, membenarkan pemacu tunggal untuk berfungsi bersama pelbagai kad bunyi USB di pasaran.